Powered by Blogger.

RSS
Container Icon

~ BeRsUkARiA Di IPG SeBelUm PuLaNg kE KamPUnG~ ^_^




PeaCe !! :-)






GaYa ChoMell Kamii !






     
P/S => Semoga Persahabatan Yang Terjalin Berkekalan Selama-lamanya..Ukhwah Fillah 2012~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAGU PADANG PASIR



Ini merupakan sebuah lagu arab yang mendendangkan tentang kecintaan kepada kekasih Allah iaitu Nabi Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W yang dipersembahkan oleh Abdul Rahman..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P



  • Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 


    • Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.


      • Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 


        • Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebihmenguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.


          • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid  yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. 


            • Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran

            • ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda

            • ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.

            • Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.

            • Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka

            • Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru

            • Digg
            • Del.icio.us
            • StumbleUpon
            • Reddit
            • RSS

            CONTOH RPH PRAKTIKUM (JAWI) KSSR


            رانخغن فغاجرن هارين فنديديقن اسلام

            نام / اي سي                :  أحمد بن محمد / 121212-11-2233
            تاهونبيلاغن موريد       : 2 فينتار /  35  اورغ
            تاريخ /ماس         :  2012-1- 26   /   10.45-11.15فاضي
            مات فلاجرن        : فنديديقن اسلام
            بيدغ                : جاوي
            تاجوق                : دوا سوكو كات تربوك دان ترتوتوف
            ستندرد كاندوغن    : 6.1 (ممباخ، ممبينا دان منوليس فركاتاءن يغ ترديري درفد دوا سوكو                              كات تربوك دان ترتوتوف)
            ستندرد فمبلاجرن   : 6.1.1 (ممباخ، ممبينا دان منوليس فركاتاءن يغ ترديري درفد دوا سوكو                           كات تربوك دان ترتوتوف دغن بتول)
            فغتاهوان سديا ادا   : موريد تله بلاجر حروف هجائيه سماس د تاهون ساتو
             اوبجيكتيف            : (روجوع رانخغن فغاجرن تاهونن)
            فداخير فغاجرن دان فمبلاجرن, موريد دافت:
            1.   ممباخ دان مغيجا فركاتاءن يغ ترديري درفد دوا سوكو كات تربوك دان ترتوتوف دغن لنخر
            2.   منوليس فركاتاءن يغ ترديري درفد دوا سوكو كات تربوك دان ترتوتوف دغن بتول
            3.   مثاتاكن فربيداءن دانتارا دوا سوكو كات تربوك دان ترتوتوف سخارا كومفولن
            فغضابوغجالينن               : اخلاق
            فنرفن علمو           : بهاس ملايو، موزيك
            فثرفن نيلاي         : كفاتوهن، برديسيفلين.
            كماهيرن برفيكير     : ممبيذاكن سوكو كات تربوك دان ترتوتوف
            باهن بنتو مغاجر    : ضامبر،بوتول ، بيلون.
            اي عيم كيه         :
            1.   .....
            2.   .....
             
            لغكه/ماس
            ايسي فلاجرن
            اكتيؤيتي فغاجرن دان فمبلاجرن
            خاتتن
            فندهولوان
            (1 مينيت)



            باخاءن دعاء:
            "اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزاءن رحمتك يا ارحم الراحمين".

            ضورو دان موريد-موريد ممباخ دعاء براماي-راماي سبلوم ممولاكن فمبلاجرن.

            سيت ايندوكسي
            (5 مينيت)
            ضامبر:
            belon.jpg

            botol.jpg
            سؤال جواب:
            1.   اف يغ كامو ليهت ؟
            2.   .....
            3.   .....

            1.ضورو منونجوقكن ضامبر بوتول دان بيلون.
            2. ضورو برسوءال جواب دغن موريد مغناءي ضامبر.
            3. ضورو مغاءيتكن جوافن موريد دغن ايسي فلاجرن هاري اين : "دوا سوكو كات تربوك دان ترتوتوف"
            قاعدة:
            سوال جواب
            فنراغن

            باهن بنتو مغاجر:
            1.ضامبر

            لغكه 1
            (8 مينيت)
            كد فركاتاءن:
            1.   بو – كيت
            2.   تا – كوت
            3.   با – كول


            1.   ....
            2.   ....


            باهن بنتو مغاجر:
            1.كاد منيلا
            قاعدة:
            فنراغن

            لغكه 2
            (6 مينيت)
             فركاتاءن:
            1.   با – لم
            2.   سي – كت
            3.   لا – فر
            1.   ....
            2.   ....
            باهن بنتو:
            1......
            قاعدة:
            تونجوق خارا
            لغكه 3
            (7 مينيت)
            فربيداءن سوكو كات تربوك دان ترتوتوف :
            1.   .......
            2.   .......
            3.   .......
            باهن بنتو مغاجر:
            1....
            قاعدة:
            فرماءينن
            فنوتوف
            (3 مينيت)
            1. فنوتوف كوضنيتيف



            1.   ضورو مرموسكن ايسي فلاجرن
            2.   برسوال جواب دغن موريد.


            ريفليكسي ضورو فلاتيه: ______________________________________ ________________________________________________________________________________________________________
            اولاسن ضوروفبيمبيغ / فنشارح : ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

            • Digg
            • Del.icio.us
            • StumbleUpon
            • Reddit
            • RSS

            Kepentingan mempelajari bahasa arab


            Bahasa Arab begitu dekat di hati umat Melayu dan hampir 1,700 patah perkataan Arab telah diterimapakai di dalam bahasa Melayu sejak awal kedatangan Islam di dunia nusantara. Bahasa Arab sudah sebati dan menjadi darah daging umat Islam dulu, kini dan selamanya di mana hampir setiap hari mereka akan mendengar dan bertutur di dalam bahasa Arab tanpa disedari. Buktinya ialah setiap hari kita diwajibkan bersembahyang yang mana bacaan dan doa di dalamnya adalah di dalam bahasa Arab manakala kita juga akan mendengar laungan azan dan iqamat setiap kali tibanya waktu sembahyang yang juga di dalam bahasa Arab.

            Lebih unik lagi bagi umat Islam, perkataan pertama yang didengar sejurus selepas dilahirkan ke dunia ialah azan dan iqamat yang menandakan kecintaan kita terhadap bahasa Arab telah diterap sejak masih bayi lagi. Kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun 1984 mendapati bahawa selain perkataan Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu, tulisan Arab juga diambil secara keseluruhan dan dijadikan tulisan bahasa Melayu. Ketinggian dan keistimewaan bahasa ini telah diakui dan dibuktikan oleh pakar-pakar ilmu bahasa (linguisticans), pengkaji bahasa (philogist) dan perkamusan (lexicographer) Barat. Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa yang telah lama mempengaruhi iklim bahasa dunia dan membantu kepada perkembangan tamadun manusia serta menjadi dinamo yang telah berjaya merubah dan membentuk keperibadian struktur sesebuah negara bangsa.

            Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia juga adalah di dalam bahasa Arab dan seluruh umat Islam digalakkan membaca, memahami, menghafal, mengikuti segala ajaran dan melaksana serta menterjemahkan segala panduan di dalam kehidupan seharian. Membaca al-Quran seolah-olah kita sedang berdailog dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t secara live, satu pengalaman yang amat unik dan perlu dijadikan amalan harian umat Islam. Realiti ini menjadikan bahasa Arab mampu melonjak corak dan tahap pemikiran manusia yang lebih holistik, komprehensif dan membentuk satu anjakan paradigma ke arah menjadi individu yang versatil dalam menangani suvival semasa umat Islam.

            Dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran, hadis Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Kemahiran bahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam sembahyang, doa-doa, wirid, zikir dan sebagainya di mana sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah danqunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin.

            Bahasa Arab adalah bahasa umat Islam dan bahasa syurga. Dengan jumlah umat Islam yang kini mencecah 1.6 bilion orang di seluruh dunia, membuktikan bahasa ini diucapkan setiap hari di dalam amalan ritual dan muamalah umat Islam secara global. Kebolehan berbahasa Arab membolehkan kita berkomunikasi dengan saudara seislam di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Arab dan dapat mengenali mereka secara lebih dekat serta mengikat silatulrahim sesama umat Islam. Dalam konteks dunia Melayu pula, bahasa Arab digunakan secara meluas sejak awal kedatangan Islam dan kemuncaknya ialah pada era kegemilangan Kerajaan Melaka sehinggalah ke hari ini di mana bahasa ini digunakan di dalam pelbagai aspek dari sudut ekonomi, sosial, politik, diplomatik hatta di dalam amalan mistik dan jampi serapah pun bahasa Arab banyak digunakan terutamanya di dalam perubatan tradisional dan alternatif.

            Bahasa Arab juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berdaya saing serta mampu menandingi bahasa dunia lain seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan sebagainya. Nilai ekonomi yang terdapat pada bahasa Arab membolehkannya diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dan terpenting di dunia serta telah menarik ramai orang mempelajarinya. Bagi umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa perpaduan dan penyatuan. Walaupun tidak semua negara Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, namun begitu bahasa Arab tetap memainkan peranan penting di dalam sistem pemerintahan negara dan struktur masyarakat terutamanya di kalangan negara anggota OIC. Melalui medium bahasa Arab juga negara Islam diseluruh dunia dapat mewujudkan kerjasama dan perkongsian ekonomi, teknologi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya secara yang lebih akomodatif dan progresif bagi mendepani segala anasir-anasir negatif yang boleh mengganggu-gugat kestabilan Islam.

            Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran memperkenalkan program J-QAF iaitu sistem pendidikan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan tulisan Jawi secara yang lebih efektif di sekolah-sekolah rendah mampu memperkasakan penguasaan dan kemahiran bahasa Arab di kalangan rakyat Malaysia, di samping program bahasa Arab yang turut disediakan di peringkat sekolah menengah dan yang lebih tinggi hampir semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara adalah momentum positif kepada bahasa syurga ini. Pemikir Islam terkenal, Hassan al-Banna pernah berpesan di dalam wasiat sepuluhnya yang berbunyi " Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam". Sekian..wassalam..:-)

            • Digg
            • Del.icio.us
            • StumbleUpon
            • Reddit
            • RSS

            Pergerakan Asas


            Assalamualaikum w.b.t..

            Selamat petang diucapkan kepada warga blogger sekalian..
            Hari ini, tajuk yang ingin kami kongsikan adalah PERGERAKAN ASAS ..
            Sebelum itu, kami ingin terangkan berkaitan konsep pergerakan asas ini..

            Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.

            Pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B. & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.

            1 Pergerakan Lokomotor

            a) Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan.

            b) Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

            c) Pergerakan lokomotor dibahagikan kepada dua:

            i) Lokomotor beritma sekata. Contohnya: berjalan dan berlari
            ii) Lokomotor beritma tidak sekata. Contohnya: Menggelongsor

            2. Pergerakan Bukan Lokomotor

            a) Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Ia dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

            b)  Antara pergerakan-pergerakan bukan lokomotor ialah:

            i)  Membongkok
            ii) Meregang

            3. Manipulasi Alatan

            a)  Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran kemahiran ini mesti melibatkan manipulasi alat seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan komposisi.

            b) Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita menggayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.

            c)  Kemahiran manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya, tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.

            d) Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas, menyatakan bahawa manipulasi alatan melibatkan tiga aspek, iaitu:

                    i) Memberi tenaga kepada objek
                                          
                                (Melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul, membaling)













            • Digg
            • Del.icio.us
            • StumbleUpon
            • Reddit
            • RSS