- Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
- Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
- Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
- Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebihmenguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
- Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas.
- Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran
- ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda
- ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.
- Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.
- Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka
- Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru
0 comments:
Post a Comment