Assalamualaikum w.b.t..
Selamat petang diucapkan kepada warga blogger sekalian..
Hari ini, tajuk yang ingin kami kongsikan adalah PERGERAKAN ASAS ..
Sebelum itu, kami ingin terangkan berkaitan konsep pergerakan asas ini..
Pergerakan asas merupakan proses bagi memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan mempengaruhi semua bahagian fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial. Menurut Freeman pula pergerakan adalah melalui media fizikal yang berkait dengan pergerakan motor kasar. Pergerakan kanak-kanak ini adalah selalunya melalui aktiviti penjelajahan.
Pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani (Gallahue, D.L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B. & Lowy, S., 1994; Burton, 1977) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan.
1. Pergerakan Lokomotor
a) Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut pergerakan.
b) Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
c) Pergerakan lokomotor dibahagikan kepada dua:
i) Lokomotor beritma sekata. Contohnya: berjalan dan berlari
ii) Lokomotor beritma tidak sekata. Contohnya: Menggelongsor
2. Pergerakan Bukan Lokomotor
a) Pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Ia dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor juga diertikan sebagai keupayaan menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.
b) Antara pergerakan-pergerakan bukan lokomotor ialah:
i) Membongkok
ii) Meregang
3. Manipulasi Alatan
a) Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran kemahiran ini mesti melibatkan manipulasi alat seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz dan komposisi.
b) Manipulasi alatan ialah bagaimana cara kita menggayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.
c) Kemahiran manipulasi alatan dapat meningkatkan koordinasi anggota badan contohnya, tangan-mata, kaki-mata dan lain-lain.
d) Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas, menyatakan bahawa manipulasi alatan melibatkan tiga aspek, iaitu:
i) Memberi tenaga kepada objek
(Melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul, membaling)