Salam..
Ini adalah first entry for our blog..kami ingin kongsikan berkenaan kepentingan kalimah Bismillahirrahmanirrahim..
Kita sebagai Muslim bila ingin melakukan sesuatu hendaklah membaca kalimah Bismillahirrahmanirrahim..
Kita sebagai Muslim bila ingin melakukan sesuatu hendaklah membaca kalimah Bismillahirrahmanirrahim..
Sebelum melakukan seseuatu pekerjaan atau aktiviti,memang sangat diharuskan untuk kita membaca Bismillahirrahmanirrahim supaya kita dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau aktiviti itu dengan lebih baik di samping mendapat berkat dari Allah s.w.t..
Telah disebutkan di dalam hadith tentang kelebihan atau kepentingan membaca kalimah ini iaitu yang bermaksud:
" Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.
Selain itu, terdapat pelbagai kelebihan lain bagi kalimah ini. Antaranya adalah:
1. Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah. kesusahan, penyakit akal dan bebal.
2. Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.
3. Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta.
4. Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat. maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali
5. Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya.
6. Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya dan membaca doa yang bererti :
" Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmat-Mu dan kurniaMu serta rezeki-Mu. Curahkanlah ke atasku perasaan reda kepada-Mu dan bertakwa kepada-Mu. Mudahkanlah untuk memperolehi rezeki-Mu dani sekalian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu"
7. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
7. Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan.
8. Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah ditulsikan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
9. Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan oleh Allah.
p/s Itulah antara kelebihan bismillah ni,memang sangat banyak kan,so,harap2 lepas ni kita boleh sama2 mengamalkan membaca bismillah ni bersama-sama;)...
Seterusnya, kami juga inginkan kongsikan satu kisah teladan di sebalik kelebihan dan kepentingan membaca kalimah BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ini..
Ada seorang wanita tua yang taat beragama tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu membuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa dimulai dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya sentiasa mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-kejap Bismillah. Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari, suaminya berkata, nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu".
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini".
Isterinya mengambil duit tersebut dan menyimpan di tempat yang selamat. Disamping itu, suaminya telah melihat tempat yang disimpan. Kemudian dengan senyap-senyap dia mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian, dia memanggil isterinya dan berkata : "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan". Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat itu dengan membaca Bismillah.
Dengan kuasa dan bantuan Allah, duit itu berada di tempat simpanan tersebut.
Alangkah terperanjatnya si suami.
Dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.
----
Semoga kisah tauladan ini mampu mengajak kita untuk mengamalkan ucapan Bismillah sebelum melakukan apa jua perkara.
0 comments:
Post a Comment